PERNAH KE KOTA KINABALU?

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMUA...

Hari ini akak nak bercerita sedikit pengalaman ke Kota Kinabalu pertama kali dengan jalan darat. Pernah pergi dengan bas Sairah je dulu.
Pada mula nya akak tak yakin dengan si suami, bolehkah drive ke sana anggaran masa 8jam perjalanan?

Tapi sebab "misi" akak dah janji apa-apa program Shaklee tahun ni akak akan join selagi mampu, nekad akak tau nak ke sana.
Lagipun inilah masanya bersua muka dengan master kesayangan akak iaitu Master Aya Chalo.
VB Workshop pula handle by Master Lyna & Master Zainul. Nah bertambah-tambah semangat akak kat situ.





Kami gerak pukul 3.00pm 19hb Januari 2018 dari Tawau (Kalumpang). Kami tu maksud akak sekeluarga anak 3 orang ikut sekali akak bawa bercuti so save sikit lah kan. Ada plan lain selain misi penting ini.

Suami pula driving paling jauh pun sampai LD. So, lepas dari LD kami perhatikan signboard dan mula buka maps/ Waze segala.


Tempat pertama kami singgah di Masjid Arrid di Kinabatangan (5.30pm). Sempat bersihkan baby Isyraf & kakak-kakak dia supaya perjalanan seterusnya mereka selesa bertidur tiduran.
 



Baby isyraf pun nampak gembira, walaupun pada mulanya akak tak plan nak bawa baby. Tapi akak yang tewas, tak boleh berpisah dengannya sempat berdrama air mata. 
Mungkin sebab baby Isyraf full breastfeeding.

Maka perjalanan di teruskan. Di sebabkan makin gelap, akak tak dapat snap snap signboard tepi jalan. Kira-kira jam 8.30pm kami pun sampai di Telupid dan cari makan, singgah di Restoran Nurin tepi jalan.

 
Semua rasa sedap jak kan bila lapar, lagi-lagi jumpa kari kambing febret haha..
Lepas isi perut perjalanan di teruskan dengan jalan yang mencemburui tidur lena akak. 
Banyak sangat jalan rosak membuatkan suami ada sedikit mengeluh hihi, biasala tu dah penat duduk kan.

Lebih kurang pukul 12.30 am kami sampai Kota Kinabalu. Sebelum itu kami nampak dari Waze kami melalui Beluran- Ranau-Kundasang - Tamparuli- Telipok - Inanam
Mujurlah sekarang agak senang, canggih semua hujung jari sedia jak power bank full charge hihi.



Kami teruskan perjalanan ke Papar mengambil masa lebih kurang 1jam juga. Tidur sana tempat BFF akak. Esoknya sebelum masuk kelas VB tu baru cari Hotel atau penginapan.

Mujur saja persediaan fizikal mental serta vitamin akak dan keluarga cukup, dan Alhamdulillah semua agak berjalan lancar, setakat perjalanan ini.

Rasanya akak akan sambung cerita di entry yang seterusnya, banyak benda belum siap hihi. 
Korang stay tune ya. Debaran kian terasa sebab banyak pengalaman masa workshop tu dan selepas workshop. 

to be continue.....

mamawawa story,
Pengedar Shaklee Tawau
Founder of #AuraBiz #ShakleeON




Comments

momstercantik said…
Bestnya Kak ada pegi workshop tu
Unknown said…
Bestnya jalan jauh sambil driving kan.
Unknown said…
Nda sabar tunggu sambungan seterusnya
Unknown said…
wahh dr jauh dtg timba ilmu👍🏻👍🏻
Unknown said…
Salute la turun KK demi ilmu. Terbaik ratna 😍
Falinah said…
Best travel bsama family kan
siok kan road trip sama anak2.. bulan 3 macam mau road trip pg Tawau ni ada kenduri,
Tq ada rezeki dtg lagiii
Ummi Nabil said…
Jauh perjalanan kan dari Tawau
Kmi ambil masa 10jm sebab bnyak singgh.

Popular posts from this blog

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

CARA BUAT BURASAK BUGIS