CARA ATASI SUSU IBU KURANG

Menyusu bayi secara full bf bukanlah suatu yang mudah seperti dibayangkan. Mamawawa sekarang mengalami dan still berusaha sehingga bayi mama melebihi 2 tahun nanti. InsyaAllah.

Semasa anak pertama dan kedua mama bukan saja gagal, kurang ilmu mengenai penyusuan ini malah kurang mengambil berat. Bila anak dah masuk 6bulan sorongkan susu formula. Tapi breastfeed masih diteruskan juga masa tu. Means di sini anak mengambil dua-dua secara berselang seli.

Alhamdulillah kehadiran anak ketiga ini mama nekad nak susukan selama mana yang mama boleh (berusaha nih). Banyak  yang mama belajar, sebab tu rasa terpanggil untuk buat sharing kepada ibu-ibu di luar sana yang memerlukan. 

CARA & TIPS BANYAKKAN AIR SUSU

- Menyusukan bayi dengan kerap setiap kali bayi menunjukkan isyarat mahu menyusu. Ia juga dikenali sebagai “feeding on demand“.

- Kerap mengosongkan payudara dengan menggunakan pam susu, lagipun untuk yang bekerja perlu buat stok susu kan. 

- Memperbetulkan lekapan bayi semasa menyusu. Bila lekapan betul ibu & bayi juga turut rasa selesa semasa sesi bf tu.

- Mengelakkan penggunaan puting tiruan atau pacifier. Yang ni memang mama tidak pernah untuk biasakan untuk bayi.

- Mengelakkan pemberian susu fomula. Berikhtiar dahulu untuk menyusu badan secara eksklusif. Jangan beli untuk standby, nanti usaha untuk full bf tu berkurang pula.

- Minum air kosong dalam kuantiti yang mencukupi. Walaupun ibu menyusu ni sering berasa haus, kita kena juga ingat selalu minum untuk penghasilan air susu yang banyak. Biasa kita minum 2liter kali ni upkan sehingga 3.5liter.

- Air suam adalah yang terbaik. Ambil segelas sebelum dan selepas menyusu atau mengepam. Anda akan dapat melihat kesan positifnya pada jumlah susu badan anda. 

- Makan makanan yang berkhasiat. Yang ni wajiblah untuk penuhi khasiat bayi sekali untuk badan kita.

- Menggunakan pam susu yang betul, sesuai dan selesa dengan payudara ibu. Sebab air susu tidak semestinya akan keluar masa pump, mesti ada persiapan lahir batin termasuk jenis pump. 

- Pengambilan milk booster juga dapat membantu. Sama ada pemakanan yang menggalak pengeluaran air susu mahupun supplimen. 

Kalau mama dah ikut tips atas tu, top up lagi Supplimen set menyusu Shaklee, memang bagus, berkesan. Tapi pastikan cara pengambilan yang betul. Jom terjah Vitamin apa yang sangat membantu dalam menggalak air susu yang banyak.


SET MENYUSU SHAKLEE


  • VITA-C : membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka, Insyaallah akan mudah sembuh dan vitamin C juga membuatkan kulit makin bersih, cerah dan berseri. Say no to kulit kusam!
  • VITA-LEA : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Bagi ibu menyusu, vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik. Doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak.
  • B-COMPLEX : Anti-stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • ALFALFA : Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu terutama di negara barat.  
  • ESP : Selain memberi rasa kenyang kepada ibu, ESP Kaya denganprotein dan asid amino yang membantu pembentukan sel dan komponen penting dalam susu ibu. 











So, korang kalau berminat boleh hubungi akak & dapatkan konsultasi percuma dai akak.
Selain itu akak, menyediakan group biz yang best untuk kita jana pendapatan yang unlimited.

Mamawawa,
Founder #AuraBiz #ShakleeON dibawah naungan group terbesar di Sabah iaitu #PolluxBiz 
 Massage/Whatsapp: +60198131301
 Fb: Ratna Tna
 Fb Page: mama wawa locker
Intagram: mamawawa_vits
 1230798
Pos Laju/GDX - Seluruh Malaysia
Terminal Bas - Seluruh Sabah
COD - Tawau/Kunak/Semporna


Comments

momstercantik said…
Info yang sangat bagus untuk Ibu menyusu
Tq for sharing 😊
Emma Francisca said…
Parah btul kalau susu merundum huhu..selain jaga emosi..kena jaga diet harian..
Unknown said…
Saya masih brtungkuslumus menaikkan air susu utk kurangkan susu formula, ada harapan ka ni aa mamawawa untuk saya bf exclusiv?
Unknown said…
Good tips. Thanks for sharing
Unknown said…
info dan tips terbaik
Fatin Hamzah said…
Terima kasih atas perkongsian maklumat
saya bersyukur betul jumpa ni 5 thn yg lepas. berjaya juga kasi susu anak walaupun banyak cabaran

Popular posts from this blog

CARA BUAT BURASAK BUGIS

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

PERNAH KE KOTA KINABALU?