KENALI JAUNDIS BAYI & CARA ATASI
Masa baru lahirkan ISYRAF, jaundise dia tak la teruk sangat, 150 gitu lebih kurang.
Tapi disebabkan mama terlupa & minum jamu sangat awal, efek kepada ISYRAF Jaundise dia meningkat.
Bayi baru lahir 3 hari kebiasaannya akan terjena kena demam kuning / jaundis. |
Jaundice atau kuning tu sebenarnya proses normal untuk baby. Lebih kurang 60 peratus bayi yang dilahirkan ada jaundice. Dan jaundice biasanya lama untuk bayi yang dilahirkan secara pramatang ambil sampai 2 bulan baru hilang sepenuhnya.
Kenapa kuning?
Setiap hari sebenarnya ada sel darah merah yang dipecahkan dan diganti dengan baru. Bila pecah salah satu komponen dalam sel darah merah (RBC) ni berpigment nama dia bilirubin. Selalunya bilirubin ni diproses oleh hati dan dicernakan.
Untuk baby masa belum dilahirkan mak yang tolong proses bilirubin. Bila dah keluar baby kena proses sendiri dan kadang-kadang hati tu tak matang lagi. Jadi kurang efficient so banyak lah bilirubin ni kat darah, Bila banyak dia akan melekat pada kulit dan dari luar kita nampak kuning-kuning itu lah jaundice.
Tanda-tanda anak kuning
Kuning biasa akan kelihatan di bahagian muka kemudian ke badan tangan dan kaki. Jadi kalau kuning dah sampai kaki maksudnya tinggi sangat bilirubin dan perlu rawatan segera.
Perhatikan tanda-tanda
1. Muka kuning
2. Kuning di bahagian putih mata
3. kuning di bahagian perut
4. kuning di bahagian kaki dan tapak tangan.
Kalau mak tak sure cepat-cepat bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Its better to be safe than sorry.
Adakah kuning ni bahaya?
Kuning ni tak bahaya kalau bilirubin masih rendah lagi. Namun kuning berbahaya bila tinggi sangat bilirubinnya sebab ia boleh merosakkan sistem saraf iaitu keadaan yang dipanggil kernicterus. - bayi ada masalah pendengaran, lambat perkembangan mental dan fizikal dan keadaan tidak sempurna seperti pesakit cerebral palsy.
Bila kuning dianggap berisiko?
Ada 2 keadaan kuning dianggap berisiko.
1. Kuning kurang masa 24 jam sebelum dilahirkan
Bila kuning kurang 24 jam, selalu dianggap serious dan kena cari punca kenapa. Boleh jadi sebab jangkitan kuman, boleh jadi ada masalah darah tak sesuai antara mak dan bayi. Biasanya kena admit dan perlu rawatan segera.
2. Mak darah O dan rhesus negatif
Bila mak darah O atau/ dan rhesus negatif sebenarnya amat berisiko sekiranya bayi mempunyai darah yang lain dari mak. So nak tau kena tunggu baby lahir dan check darah baby untuk kesesuaian. Jika ada masalah bayi akan dirawat dengan cepat.
Adakah susu ibu menyebabkan kuning?
Susu ibu TIDAK menyebabkan kuning. tapi bila anak menyusu susu ibu. bayi akan lebih cenderung dapat kuning. Sebab susu ibu didapati ganggu sekejap fungsi hati bayi.
Tapi, jangan risau, terus je bagi susu ibu pada bayi lama-lama dan banyak-banyak. Nanti ok je. Banyak khasiat susu ibu ni. Lebih banyak dari risiko nya. Bila anak dah membuang air kecil dan besar banyak-banyak, kuning pun akan lebih cepat hilang.
Jangan tak bagi susu langsung pulak. Kurang air menyebabkan kuning lebih tinggi.
Oklah panjang saya tulis kalini. Kesimpulannya bila anak kuning ikut je follow up yang diberikan. Kalau perlu datang klinik, kena datang ikut masa. Kalau perlu admit, bertabahlah. Pengorbanan pertama mak mak bila anak-anak lahir.
Oh ya kalau anak tengah kuning, jauhi makan jamu-jamu ya. Sebab waktu ni hati anak belum terror lagi nak proses jamu. Bila kuning dah setel, baru mula makan semula.
Saya sarankan pada bakal-bakal ibu kat luar sana yang perlu bijak memilih set berpantang yang tidak akan mengganggu kesihatan baby terutama jika baby kena kuning.
So saya sangat syorkan set berpantang SHAKLEE di mana ia bnyak bantu:
✅Cepat pulihkan luka bersalin
✅Kembalikan kecergasan badan ibu secepat mungkin
✅Berikan tenaga kepada ibu untuk menjaga bayi Kuning dan diri sendiri
✅Membantu proses penyusuan ibu
✅Membekalkan nutrisi yang ibu perlukan semasa berpantang & menyusu badan
✅Membantu buang angin dalam badan ibu
✅Memulihkan rahim
✅Kembalikan kecergasan badan ibu secepat mungkin
✅Berikan tenaga kepada ibu untuk menjaga bayi Kuning dan diri sendiri
✅Membantu proses penyusuan ibu
✅Membekalkan nutrisi yang ibu perlukan semasa berpantang & menyusu badan
✅Membantu buang angin dalam badan ibu
✅Memulihkan rahim
Yang penting skali, belilah Set Bersalin atau Set Berpantang terutama ESP yang tengah Promo sekarang ini yang kita boleh makan seawal mungkin.
Comments
Susu ibu yg beekuaiti bantu atasi jaundis