Kenapa perlu minum air kosong secukupnya?

Selalu kan dengar orang kata kena minum 8gelas sehari? Tidak pun 2 hingga 3 liter sehari.
Sebenarnya bagi setiap 25kg berat badan anda perlu minum 1liter air kosong. 
Means, andai berat anda 50kg so sekurang-kurangnya minum dala 2liter air. 
Minum air secukupnya, bukan minum air berlebih-lebihan.

Minum air putih sangat penting untuk tubuh badan kita.


Tapi untuk yang belum biasa meminum air kosong dengan lebih kerap, ini agak sukar pada permulaannya. 
Teringat masa akakterkena kencing kotor. Memang sangat kurang pengambilan air kosong masa tu. Kafien pun tak pernah kawal, begitu juga minuman bergas/berkarbonat. Jadinya akak di arahkan untuk minum 1 liter sekaligus. Sangat susah air kosong nak masuk tekak, sampai termuntah-muntah lagi. Ngeri jugak rasanya sebab kerap ke tandas dan rasa sakit bahagian intim. 3 hari akak amalkan minum air banyak, alhamdulillah beransur pulih. Insaf, sampai sekarang akak amalkan 2 liter air sehari.


Sebelum anda terkena pengalaman kencing kotor yang akak alami 4tahun lalu, akak share ya  tanda-tanda tubuh kekurangan air atau lebih di kenali Dehidrasi:

 Kita mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumpah keseluruhan air. Ia dapat ditunjukkan dengan respon perubahan tubuh melalui tanda-tanda berikut:

1. Rasa Dahaga: Haus adalah tanda normal tubuh kita perlukan air. 

2. Rasa lapar: Masih ramai orang keliru antara dahaga & lapar. Kekurangan air dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa lapar terutamanya diantara waktu makan utama. Cara terbaik ialah sebelum kita mencapai makan, terlebih dahulu kita minum segelas air. Ini dapat membantu diet pemakanan kita dengan lebih baik.

3. Air kencing bewarna kuning gelap – warna kuning gelap atau oren : Bila air kencing berubah warna kepada lebih gelap atau berbau kuat, itu tanda kita perlu minum lebih air. Cuba minum air banyak anda akan perasan perubahan warna air kencing anda.

4. Kulit Kering: Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh kita. Ia perlukan kelembapan untuk mengekalkan ciri-ciri dan fungsi utamanya. Minum lebih air membuatkan kulit kurang bersisik dan kering.

5. Cepat letih: Air kosong membantu meningkatkan fungsi tubuh ke tahap optimum seperti proses penukaran makanan kepada tenaga, proses pengangkutan nutrien, proses penyerapan nutrien dan pelbagai proses kawalseliaan fungsi tubuh termasuk hidrasi.


Supaya anda semangat utuk minum air yang mencukupi keperluan badan anda, wajib tahu apa KELEBIHAN MINUM AIR SEPERTI DISARANKAN;-

1. SIHAT, CANTIK DARI DALAM
Minum air putih di pagi hari sangat efektif membuang dan membersihkan racun yang berada di darah melalui keringat dan urine. Sehingga tubuh akan lebih sehat dan segar sepanjang hari. 

2. PERBAHARUI ORGAN OTOT 
Minum air putih di pagi hari bermanfaat untuk memperbaharui organ otot serta seluruh sel darah di tubuh.

 3. KURANGKAN RASA LAPAR
Minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat mengurangkan rasa lapar. Sebelum mengambil sarapan, makan tengahari atau pun makan malam sebaiknya minum terlebih dahulu air putih bagi mengelakkan anda makan secara berlebihan. 

4. BERAT IDEAL
Air putih yang tiada kalori mampu membakar kalori serta meningkatkan metabolisme badan bagi memudahkan proses kawal berat badan.

5. PUNDI KENCING & USUS TERJAGA
Membantu proses detoksifikasi untuk penyingkiran toksin dan bahan buangan melalui air kencing & buangan air besar. Usus pun sentiasa bersih sehingga penyerapan nutrisi makanan dapat berjalan dengan baik pula.

6. TINGKATKAN METABOLISME
Dengan mengamalkan minum air putih setiap hari akan dapat meningkatkan metabolisme badan seseorang dan ini memudahkan untuk turunkan berat badan.

7. PARU-PARU SIHAT  
Mengawal dan memelihara kelembapan udara di dalam organ paru-paru untuk sistem respirasi yang efektif

Dengan minum air yang secukupnya akan menagar kita untuk menjaga kesihatan yang optimum. tidak cukup dengan itu lagi baik di tambah dengan supplimen yang terbaik seperti Shaklee. Jaminan Shaklee Selamat, Berkesan & Mesra Alam.


Comments

Unknown said…
Best amalkan air yang secukupnya
Unknown said…
Best amalkan air yang secukupnya
Fatin Hamzah said…
Minum air secukupnya. Boleh elak sembelit jugak
Unknown said…
Wajib minum air banyak
Shafizah Man said…
Ibu yang menyusukan bayi sangat perlukan air untuk pastikan badan kekal hidrate.
Unknown said…
I love water! Thanz haha
momstercantik said…
Saya cukup gemar minum ari kosong sangat bagus untuk kulit
Heera Saheira said…
Minum air secukupnya boleh elakkan sembelit juga.
Unknown said…
amal air putih ni baik utk kulit
Sue Anna said…
Minum air yg banyak bagus utk kesihatan

Popular posts from this blog

CARA BUAT BURASAK BUGIS

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

PERNAH KE KOTA KINABALU?