CARA BUAT BURASAK BUGIS
Salam Aidifitri buat semua... Lama sudah rasanya nak share cara buat burasak (makanan tradisi bugis) ni. Tup tup hari ni Hari Raya Ke 6 ini lah baru ada masa menaip. Bahan-bahan:- Beras 2 Kg Santan 2 Biji Kelapa Garam sedikit Daun pisang Tali rafia Masak santan & beras di kuali guna api kecil (maaf sebab lupa gambar). Gaulkan sehingga agak kering berasnya (separuh masak) seperti dalam gambar di atas. Bungkuskan beras tadi yang sudah di masak ikut kuantiti kesukaaan anda. Untuk bungkus beras tu sy guna daun yang muda. Kalau sy lebih suka buat tipis (kuantiti 2 sudu makan sahaja) Bungkus sama rata sperti ini supaya senang diikat. Daun jangan lupa jemur terlebih dahulu @ panaskan atas dapur gas sahaja supaya senang lipat. Kumpulkan sekali 6 @ 8 biji untuk bungkuskan sekali lagi. Bungkuskan sekali lagi dengan daun pisang yang agak tua. Rapikan sehingga air tidak tembus ke dalam beras. ...