KENAPA GARAM TAK BOLEH BERI PADA BAYI KURANG SETAHUN?



Sejak mamawawa join program DETOX 3.0 bersama #PolluxDetoxClub 2 minggu lalu, banyak kesedaran dalam diri ni timbul dan sedar yang amat-amat dalam pemakanan bayi juga. 
Sedangkan kita ni dewasa kena jaga gula dan garam dalam makanan dan minuman harian, apatah lagi bayi dan kanak-kanak kan.

Sedihnya ramai juga ibu bapa mengambil jalan singkat untuk memberi makanan segera kepada bayi mahupun kanak-kanak mereka.
Garam dan Gula bahaya untuk bayi. Bagi saya kalau sayangkan anak mesti kita akan pilih pilihan terbaik. Dan saya pilih untuk #TIDAK beri bayi saya gula dan garam. 
.

.
Pada usia kurang dari setahun bayi cuma perlu 1g/day sodium . Sekiranya lebih dari keperluan #ginjal atau buah pinggang bayi takkan dapat hadam dengan baik. Hampir semua requirement garam ni dapat dipenuhi dengan #penyusuan. Sama ada susu ibu atau susu formula. Mana ibu yang mampu teruskan penyusuan sampai 2 tahun ke atas, syukur. 
.
.
Ada juga ibu atau penjaga kata "tak apa sikit saja, bukan selalu" Bayangkan hanya secubit garam bersamaan dengan 0.25g sodium. Maka jika anda beri anak anda 3 kali makan requirement sodium 3/4 hampir penuh, banyak tu. Sangat bahaya, lagi kalau berpanjangan? Kita tak tengok pun kan, tapi kena prihatin, sayang anak kan. Takkan nak biarkan buah pinggang si kecil bekerja keras nak singkirkan garam?
.
.
So, pilihan di tangan ibu ibu sekalian, cukup lah 2 orang anak mamawawa yang selalu terabai pemakanan masa kecil diorang, sekarang mamawawa pilih SIHAT. Thank Detox geng. Banyak yang mamawawa pelajari termasuk bertukar bahan-bahan masakan selepas ini.
.
.
Ikhlas dari,
mamawawa :)


.

Comments

Popular posts from this blog

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

CARA BUAT BURASAK BUGIS

PERNAH KE KOTA KINABALU?