CARA BUAT POSTER IKLAN


Dalam berbisnes wajib ada iklan kan?
Kalau tiada macaman mau buat sales? 
Dah nama bines mesti pula mahu untung.
Dalam beriklan pula mesti ada gambar.
.
.
Actually hari ini mamawawa nak share macamana mahu buat poster jualan atau poster testimoni untuk di iklankan di page korang. Terutama untuk yang newbie lagi dalam bisnes online ni.



Jom terjah satu persatu gambar di bawah ni. Moga ini serba sedikit dapat bantu korang dengan apa jua biz yang korang buat.



1. Download application PICSART dalam handpon korang. Ini paling basic kalau sy.
Untuk font boleh download SNAPSEED & PICSEE.

Sebenarnya banyak lagi application yang best-best. Tapi kali ni sy share yang senang saja.



2. Kita mulakan buka PICART, pilih background untuk poster jualan korang.

Sy pilih warna PUTIH supaya senang match & kontra warna, tak lah semak sangat bila cust korang tengok kan.

Kita tunggu hasil dia ya.



3. Lepas ada background, select pic from korang punya galery.
Di sini sy siap screen shot conversation antara sy dan cust. 
Tips sy backgroung conversation pun jangan la semak sangat.
Guna wall paper yang soft colour pun dah hokey.


4. Then select lah produk korang. Paling bagus foto yang PNG.
Boleh juga edit sticker pakai picart ni sebenarnya kalau tiada foto PNG (ini boleh request next tuto)
Nak senang dalam gallery korang buat lah folder asing kan foto PNG,foto testi, foto personal & lain2.


5. Ini hasil lepas select produk dari galeri tadi. Sekarang susun lah ikut kreativiti korang lah. Pastikan jelas senang dibaca dan difahami.


6. Ini contoh susunan yang sy selalu buat (testi, produk & logo).
Korang lagi kreatif boleh olah kan cantik-cantik.


7.  Untuk letak title sy guna PIC SEE, title penting untuk poster ya. Ayat kena sesuai lah dengan apa yang korang nak sampaikan.

Dalam Pic See ini korang boleh add text, pilih font yang korang suka.
Lepas tu boleh pilih warna & adjust.




8. Title sy guna warna HITAM untuk kontrakan background tadi.
Nampak kan fungsi warna background tu. Next kita just add nama & no fon korang.



9. Text seterusnya, sy sengaja guna apps lain iaitu SNAPSEED untuk pelbagai kan jenis font. Lagipun nak korang tengok la apa yang ada dalam apps ni.

Dalam apps ni pun banyak function yang korang boleh guna. Try and error jak kalau nak  study something macam ni kan.


10. Sy pilih tulisan yang simple saja yang senang di baca oleh prospek.


11. Siap. Tq sudi baca sampai habissss. 

Moga kita semua murah rezeki.
Boleh dah buat iklan!
Tiada alasan tiada poster.
Buat sendiri pun senang.
MOGA BERMANFAAT
Boleh save & share ya

LOL lotoflove
Mamawawa,
Founder #AuraBiz #ShakleeON dibawah naungan group terbesar di Sabah iaitu #PolluxBiz 
 Massage/Whatsapp: +60198131301

Fb: Ratna Tna
Fb Page: mama wawa locker
Instagram: mamawawa_vits
Pos Laju/GDX - Seluruh Malaysia
Terminal Bas - Seluruh Sabah
COD - Tawau/Kunak/Semporna


Comments

Emma Francisca said…
saya dulu pun susah hati buat benda ni.. tapi syukur ada kawan2 yg sudi share ilmu mcm ni.. skrg boleh bat poster sendiri sdah.. ekekkeke
Fatin Hamzah said…
Alhamdulillah. Group support yang tak lokek ilmu
Unknown said…
Yeah, senang buat poster
momstercantik said…
Saya pun dulu terkial2 mujur sekarang ni banyak yg share dan apps yg mudah
Unknown said…
edit poster my fav.. tq tipss
Unknown said…
Wahh. Terbaik tipsnya 😍😍

Popular posts from this blog

CARA BUAT BURASAK BUGIS

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

PERNAH KE KOTA KINABALU?