PENYUSUAN BABY


Assalamualaikum semua ibu-ibu & bakal ibu.
Terima kasih sebab sudi singgah dan baca entri mamawawa ya. Nak cerita pengalaman selepas melahirkan Isyraf iaitu 6bulan yang lalu. Di mana selepas melahirkan air susu mama 'tiada'. Mama sangat panik & risaukan baby tak kenyang, jadinya bertanya dengan kawan-kawan, di group-group, sepertinya mama terlupa pasal penyusuan ni. Maklumlah 7 tahun baru lah Myra ada adik. Salah mama sebab klinik mengandung di Swasta saja & kurang study, mentang-mentanglah result check up semua cantik.


Kepanikan mama tu agak tercover sikit sebab masa tu mujur lah baby tidur saja memanjang. Baby baru lahir kan memang kuat tidur hihi. Sempat lah mama study balik.
Walaupun kita selalu didedahkan dengan benda ni. Terutama semasa mengandung, tapi kita sering terlupa,terabai kadang-kadang terkurang ambil berat. Macam mama lah ni kan.
So, dengan kecuaian itu lah mama rasa nak share pasal penyusuan bayi sejak lahir lagi.


Paling pertama kena pahat, bayi disusukan hanya dengan susu ibu sahaja dari lahir hinggalah 6 bulan. Makan dan minum adalah tidak perlu kerana akan mengganggu perut bayi kita yang belum matang.
Mulakan penyusuan susu ibu sejam selepas dilahirkan. Kalau ibu belum ada air susu masa itu, macam kes mamawawa, jangan panik. Sebenarnya bukan tiada cuma sangat sedikit ia adalah kolostrum. Nampak sedikit tapi sebenarnya cukup untuk bayi. Maklum perut bayi kan masih kecil.



Dalam masa yang sama mama juga berusaha untuk menghasilkan susu yang banyak.
Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi. Ibu menyusu memerlukan ekstra air kosong/masak. Makan makanan yang dipercayai berupaya menggalakkan pengeluaran susu seperti Halba, Oats, air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan banyak lagi mama amalkan.


Selain amalkan makanan yang boleh bantu banyakkan air susu, mama juga amalkan set menyusu Shaklee. Pada mulanya mama tidak berpuas hati dengan hasilnya, jadinya beberapa kali tukar  cara pengambilan set tersebut, akhirnya mama serasi sehingga sekarang mama dapat pumping lagi banyak stok EBM untuk Isyraf.
Dalam set Shaklee ada ESP, VITAMIN C, OSTEMATRIX, ALFALFA


Apa itu Kolostrum

Kolostrum ni berwarna kuning dan pekat dan likat. Inilah sebenarnya cecair yang patut pertama kali masuk ke dalam perut bayi.
Kerana selain karbohidrat dan protein, antibodinya sangat baik pada bayi. Sebab itu ramai bayi yang pramatang sangat digalakkan untuk diberi susu ibu iaitu kolostrum ni jangan sampai terlepas. Sebab bayi pramatang lebih mudah terkena jangkitan.

Kolostrum memang sikit  keluarnya, mungkin sebanyak satu sudu kecil sahaja tapi khasiatnya hebat. Ia sangat mudah dihadam oleh perut bayi. Salah satu manfaat menarik kolostrum ni juga adalah bantu bayi membuang dengan lebih mudah, kerana ia berfungsi sebagai laxatif iaitu agen bantu pembuangan.


JAUNDIS/ BAYI KUNING

Menurut kajian, terdapat lebih kurang tiga suku bayi akan mengalami masalah ini dalam beberapa hari selepas kelahiran.  

✔50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi kuning pada hari kedua atau ketiga selepas kelahirannya. Namun, ia biasanya akan hilang selepas seminggu.

✔80%  bayi pramatang akan menghidapi kuning pada hari ke lima hingga ke tujuh selepas kelahirannya, dan biasanya akan hilang selepas dua bulan kelahirannya.

Bagaimana Merawat Jaundis ?

Ibu kena memberi susu badan lakukan penyusuan dengan kerap supaya keluar melalui air kencing atau najis. Kebiasaan bayi yang mengalami jaundis akan tidur lebih lama, jadi ibu perlu mengejutkan bayi untuk menyusukannya setiap 2 jam.

Tubuh ibu juga memerlukan rehat yang cukup dan nutrisi yang lengkap untuk penghasilan susu yang banyak dan badan yang lebih segar.

Ibu menyusu boleh amalkan minum susu kambing, madu dan kurma. Khasiatnya boleh disalurkan terus dari susu ibu. Elak memberi bayi cecair lain termasuk susu kambing yang belum diproses kerana ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang bayi.

Air rebusan herba herba masih relevan bagi saya masih relevan untuk di amalkan namun petua-petua yang memberi anak minum terus 'something', better jangan amalkan. Sebab susu ibu sahaja lah yang wajar bayi minum masa dan membolehkan “bilirubin” dibuang dari badan bayi.

Ibu jangan makan jamu terlalu awal kerana bersifat panas dan akan menyumbang lagi bacaan kuning bayi anda. Kalau nak, tunggu lepas bayi bebas jaundis

Dapatkan nasihat profesional perubatan secepat mungkin apabila jaundis dikesan & berpanjangan. Dalam waktu yang sama, teruskan penyusuan susu ibu dan elakkan memberi bayi minuman lain termasuk air kosong, kerana susu ibu sahaja mencukupi untuk bayi. Jangan jemur bayi anda.
So kita dapat nampak kan betapa penyusuan bayi amat penting sejak bayi lagi.





LOL lotoflove
Mamawawa,
Founder #AuraBiz #ShakleeON dibawah naungan group terbesar di Sabah iaitu #PolluxBiz 
 Massage/Whatsapp: +60198131301
Fb: Ratna Tna
Fb Page: mama wawa locker
Instagram: mamawawa_vits
Pos Laju/GDX - Seluruh Malaysia
Terminal Bas - Seluruh Sabah
COD - Tawau/Kunak/Semporna

Comments

Unknown said…
sy pn galkkan ibu2 ambi suppmnt menyokong proses penyusuan mmg membantu
Emma Francisca said…
sy seorang breastfeeding advocate!
Unknown said…
Eva sokong breastfeeding 🤗
Fatin Hamzah said…
Suplemen menyokong kesihatan ibu dan anak dlm penyusuan
Unknown said…
Supplemen makanan pelengkap

Popular posts from this blog

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

CARA BUAT BURASAK BUGIS

PERNAH KE KOTA KINABALU?