Seminar Roket Bisnes 2018
Buat pertama kalinya mamawawa join seminar bukan anjuran SHAKLEE. Tapi sebenarnya tujuan kami #AuraBiz join seminar ni untuk kembangkan biz Shaklee. Macam ndak logik, tapi itulah yang terjadi. SEMINAR ROKET BISNES 2018, 17HB MAC 2018, HOTEL KLAGAN REGENCY 1BORNEO.
Syukur sangat sebab dapat duduk depan sikit, barisan ke empat dari stage. Harapannya apa yang sifu NajibAsaddok sampaikan dapat di serap betul -betul & akan di aplikasikan dengan sempurna. InsyaAllah.
Lepas tu, mama kira bertuah sebab dapat buku percuma. Momentum bisnes. Lepas ni mama mau pinjamkan dengan anak anak biz mama pula, terutama yang tidak dapat join seminar ini. Sebenarnya seminar ni terbuka untuk sesiapa saja, usahawan, founder-founder & yang ingin buat bisnes. Maklumlah zaman sekarang semua orang rasanya perlu bisnes untuk tampung kos sara hidup yang mencabar.
Seperti yang di plan kami duduk berdekatan, mama dengan anak shaklee Ida, Asmahwati kawan dari kecil dia buat bisnes Vantage Sabah/Sarawak, Susan pula buat Bis MLM Tiens. Kami bergabung menimba Ilmu di sini.
Sepanjang Seminar di mulakan kami tidak digakkan untuk menggunakan Gajet, memang sangat berkesan, dalam masa lebih kurang 9jam, 1jam berehat, sangat happening tidak bosan langsung. Best nya ada sesi soal jawab. Banyak input yang kami belajar termasuk kesilapan-kesilapan kecik yang sering kita lakukan yang impaknya sangat besar.
Sebenarnya mama bukan mahu cerita apa isi seminar tu, just sharing pengalaman. Dapat juga selfie seketul dengan sifu. Ramai breebut sebab peserta saja ada 500 orang.
Tapi kalau korang rasa nak tahu, boleh lah ikut SRB yang akan di adakan kelak. Cumanya kalau korang berminat buat bisnes Shaklee, boleh lah hubungi mamawawa.
Dalam Bisnes Group Shaklee mamawawa terdapat banyak juga kelas-kelas yang sangat membantu untuk mulakan bisnes. Termasuk juga belajar mengenai produk & nutrisi.
Siap saja Seminar kami #AuraBiz terus bergegas mahu pulang ke pangkal jalan.hihi. Flight kami malam jam8 mlm. Rindu baby Isyraf.
Jam10 malam kami sampai rumah, sebab masa di Aipot Tawau agak lama menunggu kereta yang di tumpang. Kami 3 hari 2 malam di KK, banyak jimat duit iaitu tempat tinggal free, makan malam sekali & sarapan 2 kali tuan rumah taja. Sangat baik mak bapak angkat kami di sana. Grab pun kami guna 4 kali sangat jimat sebab kami sharing 3 orang. Lepas ni kalau nak ke KK dah tak payah vawa kenderaan semua di hujung jari. Sekian cerita pengalaman mamawawa. Ada masa kita berjumpa di entry seterusnya. Bye.
Comments