CARA HILANGKAN RASA SAKIT SENGGUGUT
Perkataan senggugut mama kenal masa tingkatan 2 dahulu. Masa tu mama sendiri mengalami setiap datang bulan. Mama tinggal di Asrama, setiap datang bulan mama akan mengadu dengan warden. Firstnya warden bagi pil besar berwarna pink, terus mama tanya "pil apa ni cikgu?" "Ni untuk senggugut" Oh rupanya sakit masa datang bulan tu di panggil "senggugut" Hihi baru tau. CARA HILANGKAN SENGGUGUT Mujur mama kena senggugut ni masa belum berkahwin saja, itu pun terkawal, tidak lah sampai pengsan. Sebab ada kes sampai tidak boleh berdiri, buat aktiviti malah ada yang mengalami sakit yang amat sangat sampai pengsan. Mungkin ada yang masih tidak tahu apa itu senggugut kan? Atau anda tidak mengalami senggugut itu sendiri. Senggugut ialah kesakitan akibat haid berlaku apabila otot-otot pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. 9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. Kesak...